Thursday, September 17, 2009

Syawal datang lagi ....


Dam -dam dum bunyi mercun. Dah mula rasa kemeriahan Syawal yang bakal muncul tiba. Aku juga sedang sibuk ngan persiapan Raya termasuk lah membeli belah untuk puteri2 ku Alya dan Aina kat Mahkota Parade Melaka dan Dataran Pahlawan pada hujung minggu lepas. Tentang raya nak balik rumah siapa tu....aku dan isteri sentiasa sepakat dan memang membawa berkat. Ikut giliran raya kali nie...kat sebelah isteri ku kat Labis pada raya pertama dan raya kedua kat tempat aku lak...Bentong Pahang. Raya ke-3, kakak aku ajak pergi makan angin kat Cameron Highlands seramai 2 keluarga.
Perjalanan jauh tak ku rasa, sebab hati gembira nak jumpa sanak saudara nanti. Mana-mana pun sama jer....tak ader beza. Hati ibu mertua dan hati ibu sendiri dua-dua kena jaga kan...yang penting kedua-dua puteri ku gembira bersama kedua-dua belah keluarga pada hari yang mulia ini. Tahun lepas, pada raya ketiga ikut rombongan belah yus ke Kuantan - konvoi ramai-ramai. Raya tahun nie lak....giliran belah aku konvoi 2 kereta ke Cameron Highlands. Best yer.....
Apa-apa pun aku dan keluarga ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin" - ampun dan maaf atas segala kekhilafan kami ye....Pandu cermat dan jiwa selamat.

Wednesday, September 16, 2009

Malam Lailatul Qadar


PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:I) AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHANII) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN;IV) KHAMIS - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam-malam tertentu sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.Tanda malam Qadar ialah:1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Wednesday, September 2, 2009

Ip-Pin - Sahabatku



Sahabatku, Ariffin Suratman nama diberi. Dah hampir 11 tahun lamanya aku tak ketemu dengan sahabat baikku Epin nie. Beliau merupakan teman baik aku masa sama-sama belajar Diploma Sains Komputer kat UTM KL dan di UTM Skudai pada 1996. Minat kami sama iaitu seni mempertahankan diri - Tae Kwon Do (ITF) pada masa tu Epin dah belt Biru dan aku masih lagi Hijau. Ingat lagi, kami sama-sama training tiap-tiap petang untuk Tournament Terbuka UTM Skudai. Beliau banyak mengajar aku teknik side kick, turning kick, reverse back kick, jumping back kick, chopping dan ala Copoeira (Brazil). Kekadang tu menjadi rakan "sparring" aku juga.

Susah senang kami bersama, pergi kuliah sama-sama, ambil subjek sama-sama. Cuma Epin tak sambung Degree sebab nak kerja dahulu. AKu teruskan integrasi sains komputer secara automatik ke Degree selepas Diploma. Di situ, hubungan kami "lost contact" dan membawa haluan masing-masing. Dan sekarang, semalam aku "google" nama Ariffin Suratman dan manage utk dapat kan blog dan contact kawan dia Azhari dan aku dapatlah menghubungi Epin. Epin masih macam dulu, cuma dia sudah bergelar Sir Ariffin oleh para pelatih MGTF (Tae Kwondo) Tanjung Malim - sebab ada Talipinggang Hitam Tahap 3 Dan (Black Belt). Tahniah Epin. Aku tumpang berbangga dan gembira sebab Epin teruskan juga minat sampai jadi Tenaga Pengajar pulak sekarang nie. (dahulu kami masuk Tae Kwon Do suka-suka sebab nak ambil subjek Ko-kurikulum)

Situasi sekarang, Epin adalah ayah kepada 4 orang cahaya mata iaitu 3 lelaki dan 1 perempuan dan bekerjaya di Bukit Jelutong. Ada rahsia yang aku saja yang tahu tentang Epin ini yang orang lain tak tahu. Biarlah ia begitu yang menjadikan kami rapat. Epin, aku doakan agar persahabatan ini kekal hingga ke akhir hayat sebab kawan ramai boleh dicari, tapi sahabat sejati yang berkongsi susah dan senang bagai permata yang sukar diganti. Ketiadaannya di sisi akan dirasai sampai bila-bila.

Gambar Ariffin Suratman ( tengah, bertali leher dan berkopiah ala tabligh) tu....muka dia macho macam dulu gak....gambar terkini.

Thursday, August 27, 2009

Pemimpin kah aku.......


1. Ketua Pasukan Bolasepak SRK Marong (MSSD)
2. Ketua Pasukan Olahraga SMK Sulaiman (MSSD)
3. Pengerusi Kelab Sepaktakraw SMK Sulaiman.
4. Ketua Pengawas SMK Sulaiman (1992-1993)
5. Imam Blok , Kolej Cengal, UTM Skudai.
6. Koordinator Program Dip. Sains Komputer , Kolej PTPL
7. Koordinator Program Dip. Sains Komputer, UiTM Perak (2004-2005)
8. Koordinator Latihan Praktik, DipSains Komputer, UiTM Perak (2003-2004)
9. Pengerusi JK Publisiti Kualiti dan Web, UiTMJ
10. Ketua SIG Networking FSKM UiTMJ
11. Pengerusi 5S FSKM UiTMJ
12. Penasihat Persatuan Seni Silat Sendeng UiTMJ
13. Timbalan Pengerusi JK Pertubuhan Seni Silat Sendeng, Daerah Segamat.
Sebagaimana aku mengikuti jejak pemimpin agung iaitu Rasulullah S.A.W yang penuh dengan berkat dan kesabaran untuk memimpin umatnya walaupun pelbagai dugaan dan cabaran baginda tempuhi.
Dan yang lebih penting aku adalah :
Ketua keluarga kepada isteri dan 2 orang puteri ku yang comel dan ceria selalu. Moga, kepimpinan ini akan aku gagahi jua dan diteruskan untuk memastikan segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. agar memperolehi kebahagian dunia dan akhirat buat kami sekeluarga. Amin...
MERDEKA !.....MERDEKA....! (untuk semua bergelar pemimpin)

Sunday, August 23, 2009

Seksaan Kubur - Muhasabah Diri


Abu Laits meriwayatkan :

4 perkara yang boleh menyelamatkan manusia dan patut dilazimi dan diamalkan oleh setiap umat manusia agar terlepas daripada seksaan kubur yang amat perit adalah :

1. Sembahyang lima waktu
2. Bersedekah
3. Membaca Al-Quran
4. Berzikir mengingati Allah sentiasa

Manakala 4 perkara yang perlu dijauhi kerana ianya akan menyebabkan manusia akan menerima azab seksaan kubur yang amat pedih:
1. Berdusta sesama manusia
2. Khianat
3. Mengadu - mengumpat
4. Kencing tidak bersuci

Nauzubillah:)......mungkin kita sama-sama dapat memperbaiki diri sebelum dipanggil oleh Allah s.w.t.

Amin... "Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa kami dan tunjukkan kami jalanMu yang benar, nikmat iman yang tinggi dan takut akan hari pembalasan Mu".



Wednesday, August 19, 2009

Salam Ramadhan Al Mubarak


Saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia khususnya.

Dari Kami:
Ahmad Kamalrulzaman Othman
Yusnita Sokman
Nur Aina Fatihah
Nur Alya Farishah
Kasirah Dollah

Mohon ampun dan maaf sekiranya ada dosa dalam terkasar bahasa, terlanjur bicara, terlebih gurau senda, ter"over" perbuatan, terasa hati dan terlebih makan, tak terbelanja minum. Moga, kita sama bermaaafan dan memperbanyakkan amalan dalam bulan yang mulia ini. Amin.

Friday, August 7, 2009

Penasihat PSSSM UiTMJ


Pejam celik dan celik pejam balik.....dah hampir 2 tahun setengah aku menjadi Penasihat Persatuan Seni Silat Sendeng di UiTM Johor. Aku mula berjinak dengan PSSSM UiTMJ pada lewat 2006 dengan bantuan Encik Marzuki (Pensyarah Perakaunan) selaku Penasihat 1 ketika itu dan Prof Madya Zaluddin selaku TP HEP yang membuat lantikan aku sebagai Penasihat 2 PSSSM UiTMJ. Namun, lama-kelamaan Silat Sendeng meresap kedalam jiwa ku untuk aku mendalami ilmu persilatan warisan negeri Johor ini. Maka bermulalah era revolusi dalam diri ku dan aku terus daftar diri sebagai anggota Pertubuhan Seni Silat Sendeng Darerah Segamat pada awal 2007.

Banyak aktiviti telah aku usahakan untuk menaikkan kembali zaman kegemilangan Silat Sendeng di UiTM Johor seperti Bengkel Intensif Sendeng, Hj Jamaludin Shahdan (2007), Malam Tautan Ukhuwah (MPKP) setiap sem, Susur Galur Gemilang Sendeng di Bukit Kangkar Muar, Hj Rosmani(2008), Kem Jati Diri Sendeng di Felcra Tebing Tinggi dijadualkan pada 2-3 Okt (2009) dan Perhimpunan Sendeng Perdana di Dataran Tangkak yang lalu ( 11 Julai 2009) dirasmikan oleh YB. Menteri Besar Johor, Dato Abd Ghani Othman sempena pelancaran buku sendeng (Yayasan warisan Johor).

Pelbagai kenangan yang aku lalui bersama Exco PSSSM UiTMJ, YDP Ashahari telah cukup setia dan banyak membantu aku menganjurkan aktiviti, Mawi (Bac ACC kat Shah Alam dah) pun turut sama aktif dalam silat olahraga. Bilangan ahli makin ramai walaupun terdapat saingan silat yang lain seperti Gayung dan Cekak. (Persaingan yang sihat). Minat aku nie akan ku teruskan sebab ianya satu cara untuk aku jalinkan hubungan ukhuwah / sosial dan sebagai khidmat masyarakat setelah aku dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PSSSM Daerah Segamat, Gelanggang Tahang Harimau. Kemahiran aku sikit jer iaitu selama 2 tahun belajar, bolehlah buah pukul dan 2 senjata iaitu parang dan tembong dan kini nak masuk permainan keris pula....insyallah. Disamping dapat keluarkan peluh dan "fitness", dapat juga seronok jalinkan hubungan sesama perguruan dengan ahli-ahli sendeng yang kebanyakkannya remaja kampung tahang harimau segamat.

Kat atas tu, gambar aku dan team segamat buat persembahan sempena Perhimpunan Perdana Sendeng Negeri Johor pada 11 Julai 2009 yang lalu di Dataran Tangkak, Ledang. "Majulah Sendeng untuk Agama, Negara dan Bangsa" .(gambar aku kat tengah tu...buat pecahan 4)