Alhamdulillah, setelah 2 minggu mentelaah dan hands on practice - aku berjaya juga menjawab dengan baik soalan final exams CCNA 2 pada hari jumaat pagi dari pukul 9 - 11. Manakala skill tests pada petangnya juga, aku berjaya mendapat remarks yang cemerlang dari Instructor Dr. Mohd Khairul Salleh kerana success configure Routing Protocols dalam multiple access LAN iaitu menggunakan Dynamic Routing (EiGRP). Skill tests menguji aku untuk menggunakan "real CISCO equipments" iaitu CISCO router dan switch yang perlu kemahiran untuk design network dan configure hardware.
Aku telah pun ambil cuti pada selasa depan untuk bercuti sepuas-puas nya bersama keluarga dan anak2. Nak rileks....penat study tu. Apa yang penting misi dan objektif aku untuk kali ini tercapai. Next week, kena pula pergi shah alam balik sebab jadi Panel Penyedia soalan peperiksaan akhir subjek ITT300 - Data Comm and Networking. Dah namanya pensyarahkan...mesti tugas dan tangungjawab perlu dilaksanakan sebaik mungkin.
Misi tahun depan lak....kalau ada bajet cawangan, Prof Madya Ruhani (koordinator CCNA, FKE UiTM Malaysia) dah minta aku teruskan untuk CCNA Exploration 3 dan 4. Aku akan teruskan...insyallah. Kita tunggu dan lihat.


5 comments:
Salam.
Tahniah berjaya mencapai misi. Good luck untuk misi selanjutnya...
HishamMB
Salam Kamal.
Alhamdulillah CCNA 1 dan 2 dah berada di tangan. Tahniah diucapkan. Semoga kelebihan ini bermenafaat untuk diri dan orang lain.
wah best nyer ade certified...
Beyta
http://www.beyta.org
http://myblog.beyta.org
Salam to En Hisham dan En Halim,
Terima kasih atas ucapan tuan2 berdua. Moga ilmu yang didapati dapat saya sampaikan bagi mendapat keredhaanNYA.
Mudahan ilmu yang didapati dan disampaikan nanti akan diberkati oleh Allah s.w.t. Insyallah.
Salam to pelajar ku Beyta,
Best ker....tanggungjawab besar tu. Kena pastikan certification tidak outdated dalam 3 tahun. Lepas tu kena ambil "fast track" bagi mengikuti version terbaru CISCO iaitu 4.1
U bila pula nak ambil certification....tak nak cuba Linux Professional Institute - LPIC 101?..
Post a Comment